Dengan Izin Presiden MHC
Salam buat semua ahli MHC. Pada 20 - 21 Mac 2010 bertempat diperkarangan letak kereta Kompleks Sukan Bukit Jalil akan berlangsung KARNIVAL 1KASIH anjuran ADFINITY CONSULTANT. Karnival ini berkonsepkan Islamik dan banyak aktiviti2 menarik akan diadakan. Antara yang menarik adalah STREET SOCCER CHALLENGE yang akan bermula pada 19 Mac 2010 hingga 21 Mac 2010. Anda dan pasukan anda dipelawa untuk turut serta dalam pertandingan ini. Maklumat acara adalah seperti berikut. 1. Terbuka kepada umum. 2. Sebanyak 64 pasukan akan bertanding, corak pertandingan = Peringkat Kumpulan => Knock Out => Suku Akhir => Separuh Akhir => Akhir & Penentuan tempat ke 3 3. Yuran kemasukan sebanyak RM150 sahaja. Setiap pasukan seramai 6 orang. ( 4 pemain dalam padang ). 4. Lelaki sahaja. Boleh bawa penyokong. 5. Hadiah menarik untuk tempat 1 - 3, beserta wang tunai. (Juara RM400 + Piala, N. Juara RM200 + Piala dan Ke 3 RM150 + Medal). Juga Piala Street Soccer Karnival 1Kasih beserta RM500. 6. Makan dan minum akan disediakan sepanjang perlawanan. Sekiranya anda berminat, sila emailkan pada lordvalcor@gmail.com untuk mendapatkan maklumat lanjut serta borang penyertaan. Sekian, Majulah Sukan Untuk Negara
Jom kawan2 kita sertai Street Soccer Challenge!
pompuan tak boleh ke??(ada org tanya)...nak pakai baju tema PINKY ni..:)
Organiser kata pertandingan tu utk lelaki je. Pompuan x leh sbb bukan muhrim.
InsyaAllah nnt klu MHC organise, kita wat open to all. Harap bersabar yer... tggguuuuu
oo..:)..beristiqfar sekejap...
Utk makluman sumer, program Karnival 1Kasih telah ditunda diatas sebab2 yang tidak dpt dielakkan. Oleh itu, acara Street Soccer Challenge turut ditunda. Sila nantikan tarikh baru yang akan diberitahu kelak.
Segala kesulitan amat dikesali.
Harap Maklum.
ada member komen mengenai hadiah..sebab dia cakap sekarang macam futsal atau street ball..biasa hadiah yang di tawarkan melebihi 1k..ada sesetengah team pemainnya adalah sepenuh masa bermain futsal..menurut pengalaman dia ..bagi game yang disertai ada team dari luar lembah klang yang datang jika hadiah yang ditawarkan menarik...seperti utara dan pantai timur...jadi jika mahu mendapatkan team yang mengcukupi serta pertandingan yang gempaq pihak urusetia harus memikirkannya kembali...bagi pengadil pula member menyarankan supaya memilih pengadil2 yang di iktiraf oleh F.A.M...sebab jika berlaku apa2 masalah atau tidak kepuasan hati sekurang2 pengadil adalah di iktiraf di malaysia...:)...jika crew dan penjaga garisan itu takpe la...
You have to be logged in as an MHC member to add your comment: